Thursday, December 20, 2012

Cara Penjagaan Kulit - My Style

Penjagaan kulit, adalah sesuatu yang penting bagi perempuan. Bagi Anne. Anne gunakan produk Alaisyah.

1 - Gel Pengelupasan - Guna 2 kali seminggu.
2 - Pembersih Pencerah Muka - Guna 2 kali sehari.
3 - Skrub Muka - Guna 2 kali sehari ( Anne guna sebelum dan selepas tidur ).
4 - Penyegar Liang Pori - Guna 2 kali sehari.
5 - Sari Pelembab Awet Muda - Guna 2 kali sehari.
6 - Pencerah Kulit - Guna 2 kali sehari. ( Anne guna sekali sahaja )
7 - Krim Kecantikan ( Anne guna sebagai asas solekan )
8 - BB Krim ( Sekali lagi asas solekan )

Fungsi produk-produk ni? Ini Anne copy paste dari website tohtonku. http://www.tohtonku.com.my

Gel Pengelupasan 
Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

Pembersih Pencerah Muka 
Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

Skrub Muka 
Skrub Muka A'laisyah mengandungi "Uni White-P" dengan kebaikan pengelupasan, untuk mencuci kulit muka secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan yang tersumbat di liang-liang roma kulit. Ia juga tmenghaluskan tekstur kulit dan melindungi kulit secara berkesan daripada tanda-tanda penuaan yang ketara. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit akan menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

Penyegar Liang Pori
Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

Sari Pelembab Awet Muda
A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

Pencerah Kulit
Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

Krim Kecantikan 
Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

BB Krim
Krim serbaguna yang menakjubkan menggabungkan fungsi solekan dan penjagaan kulit. Ia berkesan dalam 1 minit untuk meratakan tona kulit, menutup parut jerawat, lengkuk dan lingkaran hitam disekeliling mata sementara menyeri, melembap dan melindungi kulit daripada pancaran UV yang merbahaya tanpa kesan bedak asas yang tebal dan kelihatan semulajadi. Dengan penggunaan berterusan, ia dapat menghaluskan liang roma, mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit menjadikan kulit lebih sempurna, licin dan cerah berseri. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif dan berjerawat

Hasilnya memang bagus. Muka Anne comel sangat. Nak tengok. Boleh. Boleh blah... Haha... Sorry... My face not for public.






No comments:

Post a Comment