Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Touching the Cloud : A Nurse or A Novelist?

Assalamualaikum... Hey all... 

Remember... Setiap insan di muka bumi ini dilahirkan mempunyai impian masing. Sebagaimana Anne sendiri sangat ingin menjadi seorang penulis. Namun halangan, sentiasa ada untuk menjadikan kita tewas. Namun, jika kita serius dengan apa yang ingin kita capai, halangan hanya menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat.

Dulu, ibu and ayah Anne tak merestui cita-cita Anne untk menjadi seorang penulis apalagi untuk menjadi seorang novelis. Kerana sayangkan ayah dan ibu, Anne turutkan kehendak keduanya yang mahukan Anne menceburi bidang kejururawatan.

Walaupun pada mulanya, Anne melalui pelbagai rintangan dan halangan, kesedihan dan kepayahan, Anne tetap teruskan. Dan akhirnya, percaya atau tidak... I am currently a State Registered Nurse...

Alhamdulillah...

Berbalik kepada impian Anne untuk menjadi seorang penulis. Sepanjang belajar dalam bidang kejururawatan, Anne pernah beberapa kali menulis cerpen untuk membuktikan pada ayah dan ibu yang Anne mampu. Dan Anne tak pernah pula gagal dalam bidang kejururawatan walaupun  pada awalnya, Anne tak meminati bidang ini,...

Pada mulanya, ayah dan ibu tidak mempedulikan impian kecil anak gadis mereka ini. And akhirnya... setelah Anne menamatkan pelajaran dalam bidang kejururawatan setahun lalu... Ibu dan ayah mulai merestui impian Anne untuk menjadi penulis... 

Alhamdulillah...

Dan lamgkah Anne... Anne mulakan dengan menyertai sebuah sayembara anjura sebuah syarikat akhbar dengan kerjasama badan-badan NGO lain... Pada mulanya, Anne fikir... Anne tidak akan berjaya... Tapi rupanya... manuskrip Anne diterima... Dan sekarang manuskrip Anne sedang dalam proses penilaian... Dan hikmah dari penerimaan ibu dan ayah terhadap minat Anne sejak dari zaman kanak-kanak ini... Akhirnya memberikan semangat untuk Anne meneruskan hidup dan berusaha mencapai cita-cita dan impian

Alhamdulillah...

Dan... Apa yang Anne cuba sampaikan disini adalah... pertamanya... restu ayah dan ibu kita akan menjulang setiap intipati kehidupan ini... Anne bangga... Dengan restu ayah dan ibu... Anne lebih bersemangat untuk mencapai impian Anne untuk menjadi seorang penulis ( NOVELIS )... Dan juga impian untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang kejururawatan...

Usaha... Tawakal... Restu... Doa... Adalah ramuan istimewa dalam mencapai kejayaan... Dan Anne bukan tamak tapi Anne mahukan kejayaan dalam kedua-dua bidang... As a nurse and as a novelist...

Anne juga berpegang kepada kata-kata salah seorang bapa saudara Anne... "Be strong like your granny"

Granny... I am your precious princess... And I am strong like you.

Sekian... Assalamualaikum...
Annedya JS Putery
Juwita Hati Ayah Bonda

Wednesday, December 26, 2012

Am I Going To Surrender?

When I realize, I always violated my own deadline for my manuscript. I felt that, I should surrender. I am seriously not going to finish by time. Argghhh.. STRESS!!!

Anne nak sangat siapkan benda ni secepat mungkin. Tapi, kenapa setiap kali Anne mula mengerjakan manuskrip, ada saja halangan dan gangguan. 

Sedih, susah hati. Tapi yang paling kelakar, FB Anne sentiasa terbuka. Malas nak tutup, sampai kadang-kadang terbiar saja berbuka.

Sampai ada sekali tu, kawan2 Anne kata, kau ni 24 jam online. Macamlah Anne online tu, Anne chat sepanjang masa. Sebenarnya Anne jarang chat, kalau Anne kenal siapa yang tegur or online tu. Tapi kalau sekali tegur orang tu wat dek, memang tak tegur lagilah...

Wat pe kan nak tegur orang sombong-sombong ni, kalau setakat add atau approve orang nak penuhkan friendlist baik tak payah.

It happen to be, there is some friend that says "Sombonglah ko" but actually, I am not. They make it sounds like that.

Sunday, December 23, 2012

Diari Penulisan

Disebabkan beberapa hari kebelakangan ini, Anne tak cukup tidur. Maybe sebab banyak sangat ambil kafein last few days. Kerja-kerja penulisan Anne tergendala. Operasi pengeluaran new batch resume pun tergendala. Muka pun dah macam lobak goreng, mata sleepy siap package with dark circles dan yg seantero dengannya. Huh.. Panjang cerita...

So disebabkan itu juga, Anne tiba-tiba dapat idea nak edit jalan cerita dia lagi... Haha again!? Tapi, lebih interesting juga kalau ada jalinan konflik. Sebab dalam hidup anne pun, dah banyak yang Anne alami. Mungkin boleh diadun menjadi bahan dalam penceritaan Anne nanti.

Dan bila difikir-fikirkan, Anne terfikir, apa akan terjadi pada mereka yang terkait dalam jalan penceritaan ni, bila mereka terbaca jalan cerita Anne nanti. Mungkin mereka marah? Tapi, mereka tak boleh.marah. Sebab Anne menulis pengalaman hidup Anne, dan secara tidak langsung mereka akan terseret dalam cerita tersebut.

Maaf pada sesiapa yang tersedar, diri mereka berada dalam jalan cerita Anne. Sebab, Anne cuma menggerakkan cerita Anne, berdasarkan pengalaman hidup, dan impian Anne.

Saturday, December 15, 2012

Dunia Penulisanku

Hey, semua. Anne nak bercerita tentang betapa excitednya Anne untuk mula menulis manuskrip novel Anne yang pertama. Kalau boleh, Anne nak siapkan dalam masa 2 bulan. Tapi bila fikiran semula, takut nanti terlalu memberikan tekanan pula.
Anne dah buat beberapa research tentang penulisan manuskrip dan membaca beberapa panduan yang disediakan oleh beberapa syarikat buku. Selain membaca karya beberapa orang penulis, sebagai rujukan.
Anne mengharapkan sokongan korang semua.

Smile brightly, InsyaALLAH ada caranya. Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui, Anne berharap sangat yang Anne berjaya dalam misi novel pertama ini. InsyaALLAH