Sunday, December 16, 2012

15 Dec, Menjelang 16 Dec...

Perasaan manusia kadangkala tak dapat diduga. Beberapa ketika, aku seronok dengan apa yang aku rasa tapi beberapa ketika kemudian minda aku mula berfikir pelbagai perkara negatif yang menyingkirkan kegembiraan. Haruskah aku merasa terbeban dengan perasaan sendiri.

Aku sering merasakan diriku tersepit di antara kerjaya dan impian.

Dalam kerjaya, aku ingin memiliki kelayakan tertinggi, supaya au menjadi seorang yang berkelayakan untuk merebut jawatan tertinggi dalam bidangku Aku mahu mengambil tempat Pengarah Lembaga Jururawat Malaysia. Dengan itu, yang mahu kucapai adalah memiliki kelayakan bertaraf PhD, pengalaman bekerja di negara asing seperti Arab Saudi dan Australia, dan yang pasti menjadi jururawat yang mengubah sistem pendidikan kejururawatan sekurang-kurangnya di Malaysia.

Dalam impianku, aku ingin sekali menjadi seorang penulis novel yang berjaya seperti Ramlee Awang Mursyid, H.M. Tuah Iskandar. Menjadi sasterawan seperti A Samad Said, Usman Awang dan yang lain. Aku mahu jadi seperti penulis siri novel kegemaranku, J.K. Rowling.

Kadang-kadang, aku takut, seandainya aku berkahwin suatu hari nanti, aku akan mengabaikan suamiku demi kerjaya dan impianku.

Sukarnya untuk memilih, apa yang aku cuba kejar pun aku tak faham. Tapi aku nak sangat belajar lagi, lagi dan lagi. Dalam masa yang sama, aku nak juga jadi seorang penulis yang berjaya, sebagaimana aku mahu menjadi jururawat yang berjaya.

Dan dalam masa yang sama, jika aku punya tanah sendiri, aku sangat ingin memiliki kebun ternakan dan tanaman sendiri. Macam seronokkan? Tapi mampukah aku mencapai setiap perkara yang aku impikan.

Takut pula nanti kerana kerjaya dan impian orang-orang yang aku sayang, dan menyayangi aku, akan terabai.

No comments:

Post a Comment