Saturday, December 29, 2012

Tomorrow...

Esok, hari pertunangan Cik Neko. Hah.. Biler la giliran Anne kan... Teringin juga nak bertunang... Tapi... calonnyer lak xde... Nak buat macam mana.. Jodoh pertemuan di tangan Allah... Sabar je lah... Who knows... When the day come... My prince will come to me and singing a love song... Ask me a hand of marriage. And always be on my side till the end

Haha... mesti korang fikir Anne dah sewel kan. Haha.. berangan je kan...Dah macam cerita dongeng.. Tu lar suke sngat bce crite dongeng...And satu lagi...

Ada sorang kawan Anne yang dah kahwin, sekarang pregnant... Wahh bestnya... Anne pun nak jugak... Huhuhuu.. When is my turn? Huhh..

Friday, December 28, 2012

Metafora Di Minda 3

Don't simply shoot a chipmunk without enough bullets... Its exactly what I should say when someone, who don't even know my name, simply saying he loves me... Sorry I can't trust it.

Orang Kata

Ada orang kata... Perempuan yang sering ketawa, selalu menyembunyikan kesedihannya dari orang lain. Sesekali terfikir akan kebenaran di sebalik kata-kata itu.Bila hati kita gembira, kita senang, ramai yang datang menghimpit, bila kita sedih, kita marah, kita dalam kesusahan, semuanya menghilang. 

Seriously, Anne pernah rasa macam tu. Sebab tu, Anne jarang percayakan orang yang mengaku kawan Anne. Sebab satu-satunya kawan baik Anne adalah Cik Neko. Cik Neko, budak perempuan yang baik, cerdik, sopan. Dia bestfriend Anne. 

Sebab Anne ni kasar, Cik Neko pula sopan. Orang fitnah kata kami kata kami lesbian. Masa tu, Cik Neko maafkan orang tu. Tapi Anne tak maafkan orang tu. Sebabnya, Anne dah jemu maafkan orang yang menyakiti Anne, in additional of that, orang tu dah banyak kali menyakiti Cik Neko. 

Anne memang keras kepala time tu. Anne siap ugut orang tu, kalau dia sakitkan hati Cik Neko lagi, Anne bunuh dia. Haha... Gila Anne nak buat betul-betul. Anne masih waras lagi lar... Tapi orang tu memang sengaja nak tuang minyak petrol dalam api yang sedang marak. Ada ke patut dia pergi bercerita pasal hal tu dengan kawan sekelas Anne masa sekolah dan menyebabkan pentengkaran antara Anne dengan Cik Una. 

Bengang betul Anne masa tu. Tahap marah Anne tu, sampai kawan-kawan Cik Anne yang lain menjadi mangsa kemarahan Anne masa tu, kesian dia orang, niat dia orang nak menyejukkan keadaan tapi terkena panahan kata-kata pedas Anne.

Tapi setelah masa berlalu, seorang hamba Allah berjaya melakukan brainwash ke atas otak Anne yang agak penuh dengan kemarahan dan dendam yang tepu dalam diri. Walaupun Cik Neko tak tahu siapa hamba Allah tersebut, dia bersyukur sangat ada orang berjaya menjatuhkan ego kawan dia ni. 

Yang pastinyer, hamba Allah itu, berjaya melakukan brainwash dalam masa yang tidak sampai 3 jam. Wah hebat. Tahniahlah pada hamba Allah tersebut.

Panjang pula Anne menceceh hari ni kan, Anne rasa sebelum lagi panjang Anne bercerita. Anne berhenti dulu keyh.

Wednesday, December 26, 2012

Am I Going To Surrender?

When I realize, I always violated my own deadline for my manuscript. I felt that, I should surrender. I am seriously not going to finish by time. Argghhh.. STRESS!!!

Anne nak sangat siapkan benda ni secepat mungkin. Tapi, kenapa setiap kali Anne mula mengerjakan manuskrip, ada saja halangan dan gangguan. 

Sedih, susah hati. Tapi yang paling kelakar, FB Anne sentiasa terbuka. Malas nak tutup, sampai kadang-kadang terbiar saja berbuka.

Sampai ada sekali tu, kawan2 Anne kata, kau ni 24 jam online. Macamlah Anne online tu, Anne chat sepanjang masa. Sebenarnya Anne jarang chat, kalau Anne kenal siapa yang tegur or online tu. Tapi kalau sekali tegur orang tu wat dek, memang tak tegur lagilah...

Wat pe kan nak tegur orang sombong-sombong ni, kalau setakat add atau approve orang nak penuhkan friendlist baik tak payah.

It happen to be, there is some friend that says "Sombonglah ko" but actually, I am not. They make it sounds like that.

Apa Gunanya? Mengkritik Apa Yang Perlu Dikritik

Nowadays, kita selalu jumpa dekat pasar malam, dekat taman tema air, air terjun, blablabla... Orang yang pakai tudung, tapi, pakai legging... Let me tell you... Apa gunanya pakai tudung, tapi pakai legging... nampak segala lekak-lekuk kaki tu... Apa gunanya... Macam tu serupa tak pakai apa-apa.

Dan lagi satu, yang keluar sekejap pakai tudung, sekejap tak pakai. Agak-agak, neraka nanti sekejap-sekejap ke? Perlu ke tayang rambut korang pada lelaki yang ajnabi.

Lagi satu, tudung, sekali lagi saya nyatakan, apa guna pakai tudung, kalau nampak leher, nampak jambul, nampak telinga. Dah macam uncle punjabi dah...

Sudah-sudah lah you allz, Anne menyampahlah tengok... Lagi satu, korang tak malu ke lelaki sibuk duk sebut pasal aurat korang... Kalo Anne lah, malu tau... Orang lelaki duduk sibuk menggesa perempuan menutup aurat, sedangkan perempuan tu tak pernah kisah... Korang tak kesian ke pada adik beradik lelaki, ayah, suami, dan anak lelaki korang? Yang bakal terseret ke neraka bersama korang di akhirat kelak...

Anne tak adalah pandai sangat tapi, cuma mahu mengkritik sesuatu yang tidak benar di mata.

Tuesday, December 25, 2012

Pot Pet Pot Pet Di Malam Hari

Huhu penat... Tp xley tdo... Huhu layan citer kat youtube... tngok citer cinta si kasar lembut... terfikir lak... Anne ni agak kasar orgnyer... ( cube tok melembutkan diri tp x berjaya )... Oh My God... Janganlah nanti Anne dapat suami yang lembut... Huuu nanti jadik bahan gelak... Tapi an... kalo lembut, tapi beriman... Boleh jadi imam solat, cikgu agama, dan jadi insan terunggul di hati macam ayah dan ibu Anne apa salahnya kan... hahaha... sape yang baca ni mesti kata macam ni...

 "Gatal betul budak ni!?"

Hahaha... Tapi layaknya pun, Anne dah umur 21 tahun, sekarang ni budak umur 13 tahun dah kahwin. Macam zaman nenek-nenek dulu. Lahh... Kirenye Anne ni dah pangkat apa? Oh my goodness... Ya Allah, apakah yang sedang aku fikirkan... Hahaha dah menyanyah dah...

Ada orang tanya Anne... kalau Anne nak cari suami nak cari yang macam mana? Eh... Tak pernah terfikir lak nak cari yang macam mana? So, jawapan Anne... "....krik...krikkrik...krikkrik...(bunyi cengkerik)" Hahaha... sebenarnya Anne tak tahu nak jawab macam mana...

Tapi kalau suruh Anne jawab juga...
- Tak handsome tak mengapa
- Bijak dari segi duniawi dan akhirat
- Boleh mengimamkan solat
- Boleh mendidik Anne menjadi isteri yang terbaik di dunia dan akhirat insyaALLAH
- Berkerjaya
- Boleh menerima seadanya diri Anne
- Blablabla

Dah lah banyak dah Anne menyanyah malam ni. Apa pun tak boleh... Klakar pun ada... So gadis-gadis semua... ada baiknya juga korang cari yang seperti Anne fikirkan sehabis fikir ni... Sebab lelaki macam ni, susah nak cari sekarang ni... Kalo ada memang limited edition...

Cara Tangani Stress - My Style

Cara Anne tangani stress, hahaha...
1. Mandi... Sampai fikiran dah tenang...
2. Tengok citer yang kelakar... gelak terbahak-bahak sampai ilang suara... 
3. Duduk sorang-sorang, pakai headphone/earphone dengar music kuat-kuat...
4. Nangis... ( JALAN TERAKHIR )

Metafora Di Minda 2

The weather was cloudy today, but I see a flower garden under the cozy sunshine. My heart was thumbling over saying that even if happiness come, I wouldn't even care to forget my sadness in the past.

Monday, December 24, 2012

Metafora Di Minda

I fall from a tree, and I saw a garden of flower. How interesting, the feeling come into me. But then, even I'm smiling brightly, there is something disturbing me deep in my heart.

In The Middle of Night... In My Heart

In the middle of night, in the sorrow heart of mine. I felt so empty, like the song 'Kosong' sung by Najwa Latiff. I felt my heart already out of my head. Strictly says that I don't know how to feel in the empty space in my heart.

Its kind of nightmare, when I realize I can't control my own mind. And I knew that I will ended up with a crush and suffering such a broken heart.

No matter how hard, I tried to forget the past. I still can't. Then again, when I fall in love, I'll restrict myself, I told to myself. "If I don't want to get hurt, I have to forget it"

Sunday, December 23, 2012

Cara Penjagaan Kulit - My Style ( Update )

The other day, Anne ada post out produk penjagaan kulit yang Anne gunakan! So, hari ni, Anne nak post sikit, ala-ala diari sikit. Hoho... Contoh ni, Anne ambil hari yang memang pemalas giler babas, ni tahap dewa punya pemalas... Awas dewa-dewi ni sume tak wujud ya!? Anne pilih hari Khamis ya. Sebab Gel Pengelupasan guna 2 minggu sekali. Anne guna pagi Khamis dan Isnin. DIINGATKAN PADA SEMUA ANNE BUKAN PROMOTE ALAISYAH TAPI ANNE MEMANG GUNA PRODUK ALAISYAH.

8.00 Pagi - Baru nak mandi!! Oppss!! Ni memang giler punya pemalas ni. Skip cerita berus gigi, body shampoo, blablabla. Capai GEL PENGELUPASAN!  JANGAN BASAHKAN DULU KULIT TU!! Picit sikit GEL PENGELUPASAN tu letak kat tangan lepas tu, sapu je kat muka yang kering. Nanti gel tu akan cair, maka keluarlah sel kulit mati dan bintik hitam, dalam bentuk gumpalan kecil. Dah tu apa lagi, bilas kulit you all tu.

Lepas tu? Cuci muka macam biasa, dengan penggunaan PEMBERSIH PENCERAH MUKA! Macam mana? Picit sikit, letak kat tapak tangan, sapu kat muka, dagu, leher, dengan hujung jari. Guna 3 jari yang tengah, dan urut pembersih secara memutar... Dan kemudian, bilas.

9.00 Pagi - Nak keluar sekejap lagi, nak pergi beli barang. Apa? Tak payah tahu lar... Tengok atas meja! Hahaha... Anne tariklah kapas muka sehelai dua, tuangkan PENYEGAR LIANG PORI, tepek kat muka, dagu dan leher. Bila dah kering, Anne picit sikit SARI PELEMBAB AWET MUDA, sapu kat muka, dagu dan leher. Lepas tu, picit lak, PENCERAH KULIT. Sapu kat muka, dagu dan leher. Even pakai tudung kena sapu gak, sebab jaga kulit kena sekata.

Next, Anne akan coletkan KRIM KECANTIKAN kat dahi, hidung, pipi, dagu dan leher. Lepas tu, ratakan kat kulit muka, dagu dan leher. Lepas tu, Anne, sapu BB CREAM. Dah siap, tinggal nak mekap je. Lain kali Anne cerita macam mana Anne mekap.

1.00 Petang - Sampai umah semula ( Lama-lama sangat keluar nanti ibu marah ) Capai SKRUB MUKA, cuci mekap dengan air bersih. Lagi afdal kalo guna, air suam. Lepas tu guna, SKRUB MUKA macam guna PEMBERSIH PENCERAH MUKA. Lepas tu, amek air sembahyang, pergi sembahyang. Yang ni tak boleh malas, kalo tak, nanti kawin ada anak macam mana nak ajar anak. Hahaha... Lari topik...

Dah sembahyang, pakai balik PENYEGAR LIANG PORI dan SARI PELEMBAB AWET MUDA. Anne pakai PENCERAH KULIT sekali sehari je. KRIM KECANTIKAN ngan BB CREAM pakai bila nak bersolek. Kalau Anne kerja, atau masa kat kolej, hari-hari bersolek lah sekarang sebab tanam anggur, tak bersoleklah.

6.00 Petang - Cuci muka dengan PEMBERSIH PENCERAH MUKA.

SEBELUM TIDUR - Cuci muka dengan SKRUB MUKA.

Saranan Anne, gunakan air suam untuk mencuci muka. Bagus untuk membantu peredaran darah dan mengurangkan masalah liang pori tersumbat.

Diari Penulisan

Disebabkan beberapa hari kebelakangan ini, Anne tak cukup tidur. Maybe sebab banyak sangat ambil kafein last few days. Kerja-kerja penulisan Anne tergendala. Operasi pengeluaran new batch resume pun tergendala. Muka pun dah macam lobak goreng, mata sleepy siap package with dark circles dan yg seantero dengannya. Huh.. Panjang cerita...

So disebabkan itu juga, Anne tiba-tiba dapat idea nak edit jalan cerita dia lagi... Haha again!? Tapi, lebih interesting juga kalau ada jalinan konflik. Sebab dalam hidup anne pun, dah banyak yang Anne alami. Mungkin boleh diadun menjadi bahan dalam penceritaan Anne nanti.

Dan bila difikir-fikirkan, Anne terfikir, apa akan terjadi pada mereka yang terkait dalam jalan penceritaan ni, bila mereka terbaca jalan cerita Anne nanti. Mungkin mereka marah? Tapi, mereka tak boleh.marah. Sebab Anne menulis pengalaman hidup Anne, dan secara tidak langsung mereka akan terseret dalam cerita tersebut.

Maaf pada sesiapa yang tersedar, diri mereka berada dalam jalan cerita Anne. Sebab, Anne cuma menggerakkan cerita Anne, berdasarkan pengalaman hidup, dan impian Anne.

Saturday, December 22, 2012

Then Again

The moment I felt sleepy, but I cant sleep. Hurtful memories fade into my mind. Secretly I told you, I don't even know what is my fault, which they said I caused their relationship break. Why? If its because of me, why am I the one who cried a lot.

With a deep breath, I tried to think, what is my fault? Until this very moment, I can't find it. It has been 5 year.

Love is difficult for me to accept because how hurt I am after what they did. Do I really hurt them, while they live their life happily. While I suffered those haertache that they left when they said, I am the cause of all their suffered.

I don't understand.. Why? Me? This is it. That was the very first moment, I started to believe that guys are all untrustable.

When People Ask Me About Love

Ever since the last time, it has been so hard for me to forget every single tearful moment that i have went through all this time. No one will ever know. How hurt is it, when you used to tell your friend, not to cry because of a guy, than at the end you have to sit alone, in a very dark corner and cry on your own. Its very pathetic.

When I graduated from college, my uncles and aunts keep asking me, when am I getting married? Do I have a boyfriend. Deep inside me, I wonder why the answer is still no. But really, my wounded heart, told me so many time. I can't fall in love again. Love makes me feels difficult. What if I fall in love again, and get hurts again.

I am really scared, upset, annoyed, hurts etc. What if I met a guy who at the end will only breaks my heart. What if I cried again. What if they cheat on me? Its really hurt. I always hope that one day I'll get married to a guy who always love me like my family did. But that kind of guy is nowhere. And, the only guy that is good to me, is my brothers, my father, my uncles, and my cousins.

How can I ever trust other then that. I can't easily trust guys. Even he stands in front of me. I don't trust a guy who told me, he loves me but never even stand in front me and say so. Its to hard for me, because my heart has ripped apart long ago.

A guy, should send me a message, via my friends, SMS, email, skype message or what ever, saying he loves me. Its only hurts me more. More then everything.

Friday, December 21, 2012

Al-Baqarah 28-29

“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (daripada jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”(Al-Baqarah: 28-29)


Ketika Malam

Ketika malam menjelma, aku mencari kekuatan dalam diri. Untuk menghubungi rakan-rakan bestfriand ku yang aku tak berapa kenal sangat untuk membantunya mengundang mereka, ke majlis pertunangannya. Huhuhu... mahu luruh jantung ini, saat menaip mesej kepada mereka. Walaupun, tak semua mampu aku hubungi. Namun, respon pertama yang aku terima nyata menenangkan. Huhu... Sebenarnya... Aku harap mereka boleh datang... Sebab aku mahu, bestfriend aku happy... (p/s : sbb dia kwn terbaik yang pernah aku ada). 

Haish... Bila pula giliran aku, nak bertunang bagai... Haha gatal... Tapi lumrah la kan... Siapa tak nak kahwin... Masalahnya... Ada ke lelaki yang nak tunang dengan aku... Da lah garang, degil, keras kepala, brutal, kasar, lasak, bla bla bla bla... Kalo ada lelaki yang baca ni... Sure... Dia akan cakap macam ni...

"Sure reject minah ni, tak boleh wat bini..." 

Ya Allah... Tenangkanlah jiwa hamba untuk menjalani kehidupan yang telah kau anugerahkan kepada hamba. Sampai nanti jodoh yang engkau tentukan sampai, hamba terima dengan redha. Sementara itu, hamba ingin mencapai cita-cita hamba untuk membanggakan ibubapa hamba. Dan mencapai segala impian hamba untuk mencapai impian hamba untuk berjaya dalam hidup hamba di bumiMu yang indah ini.

Thursday, December 20, 2012

Oh My Head Is Going Lumpy

Hari ni tak tahu kenapa. Anne rasa tak senang hati. Anne paranoid pada setiap orang yang ada di sekeliling Anne. Setiap orang yang ada di sekeliling Anne, Anne akan fikir negatif pada mereka. Agaknya Anne dah sewel kot. Hahaha... Tolonglah peningnya... Huhu...

Senyum... Sedekah tu sedekah... Haha... Anne... Tak pernah boleh senyum, dengan hati yang gumbira... Saje je tulis gumbira instead of gembira... Entahlah... Setiap ketawa... Ada duka di sebaliknya...

Terlalu banyak benda yang Anne fikir untuk menjadikan diri ni gumbira... Selagi Anne tak dapat buang kesedihan dalam hati... Di mana datangnya gumbira... Sedih bila fikirkan kenangan silam... Kerjaya yang belum kukuh dan terlalu rapuh... Impian yang belum tentu tercapai...

Perasaan manusia memang sukar untuk diperjelaskan... Bagi Anne... Perasaan manusia tidak boleh dijelaskan dengan sains, math, sastera, atau apa-apalah...Yang sebenar-benarnya... Allah saja yang tahu tentang perasaan manusia.

Demi Allah... Anne pun nak senyum dan ketawa dengan gembira...

Cara Penjagaan Kulit - My Style

Penjagaan kulit, adalah sesuatu yang penting bagi perempuan. Bagi Anne. Anne gunakan produk Alaisyah.

1 - Gel Pengelupasan - Guna 2 kali seminggu.
2 - Pembersih Pencerah Muka - Guna 2 kali sehari.
3 - Skrub Muka - Guna 2 kali sehari ( Anne guna sebelum dan selepas tidur ).
4 - Penyegar Liang Pori - Guna 2 kali sehari.
5 - Sari Pelembab Awet Muda - Guna 2 kali sehari.
6 - Pencerah Kulit - Guna 2 kali sehari. ( Anne guna sekali sahaja )
7 - Krim Kecantikan ( Anne guna sebagai asas solekan )
8 - BB Krim ( Sekali lagi asas solekan )

Fungsi produk-produk ni? Ini Anne copy paste dari website tohtonku. http://www.tohtonku.com.my

Gel Pengelupasan 
Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

Pembersih Pencerah Muka 
Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

Skrub Muka 
Skrub Muka A'laisyah mengandungi "Uni White-P" dengan kebaikan pengelupasan, untuk mencuci kulit muka secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan yang tersumbat di liang-liang roma kulit. Ia juga tmenghaluskan tekstur kulit dan melindungi kulit secara berkesan daripada tanda-tanda penuaan yang ketara. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit akan menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

Penyegar Liang Pori
Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

Sari Pelembab Awet Muda
A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

Pencerah Kulit
Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

Krim Kecantikan 
Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

BB Krim
Krim serbaguna yang menakjubkan menggabungkan fungsi solekan dan penjagaan kulit. Ia berkesan dalam 1 minit untuk meratakan tona kulit, menutup parut jerawat, lengkuk dan lingkaran hitam disekeliling mata sementara menyeri, melembap dan melindungi kulit daripada pancaran UV yang merbahaya tanpa kesan bedak asas yang tebal dan kelihatan semulajadi. Dengan penggunaan berterusan, ia dapat menghaluskan liang roma, mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit menjadikan kulit lebih sempurna, licin dan cerah berseri. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif dan berjerawat

Hasilnya memang bagus. Muka Anne comel sangat. Nak tengok. Boleh. Boleh blah... Haha... Sorry... My face not for public.






Tuesday, December 18, 2012

The Ten(10) Rights of Medication

The Ten (10) Rights of Medication Administration is a guide that every nurse should review before administering any medication to patients to avoid errors. This is also called the 10 Rs in Giving Medications.

1. Right Patient

2. Right Drug

3. Right Dose

4. Right Time and Frequency

5. Right Route

6.  Right Approach

7. Right Assessment

8. Right Teaching

9. Right Evaluation

10. Right Documentation

Kek Batik - Time Bosan - Bosan

Time bosan-bosan ni, buat kek batik seronok jugak kan... Haha ( Habislah diet aku )...


Jom cube... Ni resepi.

Bahan-bahan :
1 paket biskut marie ( pecah-pecahkan )
3/4 tin susu pekat
250 gm buttercup
1 cawan milo
3 sudu serbuk koko

Cara pembuatan :
Masukkan butter, cairkan dalam api kecil.
Bila butter cair, masukkan susu, kacau sebati.
Bila dah sebati masukkan milo, kacau sebati sampai tak ada ketul-ketul.
Masukkan serbuk koko pula, kacau sebati. Dan kemudian last sekali masukkan biskut marie.
Tuang semua sekali dalam loyang. Masukkan dalam peti sejuk.

Hoho... Senang jer... Selamat mencuba... Nyum!!!

Cabaran 7 Hari Turunkan Berat

Jom try sahut cabaran turunkan berat badan, dan mengurangkan obesiti!!! Tapi awas limit turunkan berat 1 kg dalam 7 hari. Jangan lebih nanti ada admit.
1) Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)


  • Makan semua jenis buah kecuali pisang. 
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi. 
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. 
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. 
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup. 
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. 
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya. 
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. 
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau. 
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. 
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar. 
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa. 
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua. 
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini. 
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan… 
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. 
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. 
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. 
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan. 
  • Hari untuk daging dan tomato. 
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar. 
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik. 
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. 
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. 
  • Tetapi jangan makan kentang putar. 
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. 
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu. 
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang. 
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. 
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari. 

2)Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
3)Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
4)Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
5)Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
6)Hari Keenam (daging dengan sayur berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )

7)Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)

Hahaha ade berani mau cuba.... 

Monday, December 17, 2012

SIAPA KATA


SIAPA KATA USTAZ tαk pernαh buαt DOSA.SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tαk αdα MASALAH.SIAPA KATA CIKGU tαk pernαh buαt SILAP.SIAPA KATA CHEF tαk pernαh mαsαk NASI MENTAH.SIAPA KATA DOKTOR tαk pernαh SAKIT.

SIAPA KATA PROFESOR tαk pernαh kenα tipu.
(wαlαupun PROFESOR serbα TAHU)...
INGATLAH bαhαwa, semuα MANUSIA yg HIDUP Di DUNIA ini,
ALLAH berikαn KELEBIHAN dαn KEKURANGAN mαsing-mαsing.
ALLAH berikαn KELEBIHAN,
Bukαnlαh 100% diBERI semuα pengeTAHUαn.
ALLAH berikαn KEKURANGAN,
Bukαnlαh sehinggα iα mengHINAkαn.
Terkαdαng sengαjα ALLAH menyulitkαn perkαrα yαng kitα PAKAR αgαr kitα tidαk perlu SOMBONG. AGAR kitα sentiαsα menjαdi HAMBA yαng berSYUKUR kepαdα-NYA.

MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH,

Anne tak adalah baik tapi cuba untuk memperbaiki diri...
Jadilah seorang Wanita Solehah,Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah..Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah..
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah..
Yang sholatnya adalah bekal dirinya..
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, tidak pernah gentar untuk melawan nafsu yang sena
tiasa bersama para mujahiddah Allah..
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menjaga tutur katanya yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak2nya untuk mendalami Islam..
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum Imamnya..
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah..
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia yang menjaga matanya dari berbelanja..
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya..
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran..
Suaranya lesu kerana penat berzikir..
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan..
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi Wanita Solihah melebihi perhiasan apapun didunia..
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah..
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat..
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga..
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan Syurga Allah...Semoga senantiasa dirahmati-Nya...Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥

Skirt Labuh - So sweet

Sekarang ni, penggayaan skirt labuh menjadi sebahagian dari identiti fesyen bagi fashionista di Malaysia. Tapi harus diingatkan pemakaian skirt labuh haruslah sesuai dengan bentuk badan, dan yang pasti pemilihan gaya dan tekstilnya haruslah menepati syariat Islam.

Pemakaian skirt labuh jenis nipis, melekap pada badan, atau jarang, meruntuhkan imej anda sebagai wanita muslimah. Dan pastinya, menarik perhatian mata lelaki-lelaki ajnabi. 

Saranan saya, jika anda ingin mengenakan skirt labuh, pilihlah yang longgar pinggulnya bukan yang ikut cutting kononnya ala-ala duyung. last-last nanti anda yang kelihatan macam dugong. 

Di Sebalik Warna Bunga Ros

Dalam dunia ni, 90% perempuan suka bunga. Anne suka bunga ros, especially ros merah. Sekarang Anne nak citer pasal warna bunga. Tapi Anne tak galakkan you al percaya 100% lah.




MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIHBunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.

PINKBunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek.


KUNINGRos kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi.

PEACHRos berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGABak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGUSelain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

BIRU/HITAMPernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.




Once a _____ always a _______.

Once a ______ always a _______.
In my life there is so much of word that I want to put in to the blank above.

Know what is it?
1. Nurse
2. Writer - I wanted to become a novelist.
3. Blogger
4. Fashionista
5. Bookworm
6. Recipe-maniac
7. Etc.

Sometimes I find it very interesting to read some ridiculous topics. It is sometimes, make your stress flew away. But I should remind you all NOT to believe it too much.


Sunday, December 16, 2012

First Try!?

InsyaALLAH... Kalau tak esok, mungkin lusa, Anne akan try satu lagi resepi yang Anne memang suka sangat-sangat... Hasil dia? Belum try macam mana nak tahu kan? Tapi Anne dah check out resepi dia, sebenarnya Anne tahu cara penghasilan dia tapi sebab tak pernah cuba tu yang, Anne pergi selongkar Google cari resepi dia...

Nanti bila Anne dah buat, and dah berjaya... Anne post out resepi dia. Okey!?

15 Dec, Menjelang 16 Dec...

Perasaan manusia kadangkala tak dapat diduga. Beberapa ketika, aku seronok dengan apa yang aku rasa tapi beberapa ketika kemudian minda aku mula berfikir pelbagai perkara negatif yang menyingkirkan kegembiraan. Haruskah aku merasa terbeban dengan perasaan sendiri.

Aku sering merasakan diriku tersepit di antara kerjaya dan impian.

Dalam kerjaya, aku ingin memiliki kelayakan tertinggi, supaya au menjadi seorang yang berkelayakan untuk merebut jawatan tertinggi dalam bidangku Aku mahu mengambil tempat Pengarah Lembaga Jururawat Malaysia. Dengan itu, yang mahu kucapai adalah memiliki kelayakan bertaraf PhD, pengalaman bekerja di negara asing seperti Arab Saudi dan Australia, dan yang pasti menjadi jururawat yang mengubah sistem pendidikan kejururawatan sekurang-kurangnya di Malaysia.

Dalam impianku, aku ingin sekali menjadi seorang penulis novel yang berjaya seperti Ramlee Awang Mursyid, H.M. Tuah Iskandar. Menjadi sasterawan seperti A Samad Said, Usman Awang dan yang lain. Aku mahu jadi seperti penulis siri novel kegemaranku, J.K. Rowling.

Kadang-kadang, aku takut, seandainya aku berkahwin suatu hari nanti, aku akan mengabaikan suamiku demi kerjaya dan impianku.

Sukarnya untuk memilih, apa yang aku cuba kejar pun aku tak faham. Tapi aku nak sangat belajar lagi, lagi dan lagi. Dalam masa yang sama, aku nak juga jadi seorang penulis yang berjaya, sebagaimana aku mahu menjadi jururawat yang berjaya.

Dan dalam masa yang sama, jika aku punya tanah sendiri, aku sangat ingin memiliki kebun ternakan dan tanaman sendiri. Macam seronokkan? Tapi mampukah aku mencapai setiap perkara yang aku impikan.

Takut pula nanti kerana kerjaya dan impian orang-orang yang aku sayang, dan menyayangi aku, akan terabai.

Saturday, December 15, 2012

Dunia Penulisanku

Hey, semua. Anne nak bercerita tentang betapa excitednya Anne untuk mula menulis manuskrip novel Anne yang pertama. Kalau boleh, Anne nak siapkan dalam masa 2 bulan. Tapi bila fikiran semula, takut nanti terlalu memberikan tekanan pula.
Anne dah buat beberapa research tentang penulisan manuskrip dan membaca beberapa panduan yang disediakan oleh beberapa syarikat buku. Selain membaca karya beberapa orang penulis, sebagai rujukan.
Anne mengharapkan sokongan korang semua.

Smile brightly, InsyaALLAH ada caranya. Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui, Anne berharap sangat yang Anne berjaya dalam misi novel pertama ini. InsyaALLAH

Tudung? Atau Sarung Kepala?

Tudung? Sebenarnya, wujudnya tudung ini digunakan untuk menutup aurat wanita dari lelaki-lelaki ajnabi...Tapi malang sekali, sekarang ni, tudung, dah macam tudung saji pun ada...


Inikah sesuatu yang anda semua mahu ikut?


Anda dilahiran sebagai sebaik-baik mahluk... Iaitu manusia, mengapa mahu jadi unta?


Tudung sepatutnya menutup kepala, leher, bahu dan dada. Bukannya menjadi penggangti kepada fesyen rambut.


Yang ini, yang selalu kita nampak, yang mana semuanya menyalahi hukum syariat. Ketat, jarang, etc.


Yang ini, yang elok dan sesuai untuk syariat. Sebenarnya, kalau nak berfesyen boleh, tapi janganlah sampai apa yang anda gayakan menyalahi hukum syariat, dan membawa anda ke neraka.
Dan pula, kasihanilah bapa, abang, adik lelaki dan suami anda, yang bakal terseret ke neraka kerana anda.