Tuesday, June 4, 2013

Penjagaan Kulit : 3 Serangkai

Assalamualaikum... Hello beautiful... 

Anne excited sangat hari ni, sebabnya, Anne nak share tentang cara penggunaan tiga serangkai dalam penjagaan kulit. Apa dia? Pembersih, penyegar dan pelembab. As everyone knew, I use Alaisyah product so... senyummmm...


Jom review cara penggunaan tepat tiga serangkai ni

PEMBERSIH MUKA
Sebelum mencuci muka, besihkan dulu kulit tu dengan tisu basah atau baby oil. Buihkan pembersih di tangan sebelum sapukan ke muka, Gosok pembersih kat muka perlahan lahan secara memutar. Lepas dah bilas, jangan puas hati. Ulang lagi sekali, untuk pembersihan yang optimum. Lap muka perlahan-lahan dengan tuala.

PENYEGAR WAJAH 
Gunakan kapas muka, basahkan dengan penyegar dan sapu ke seluruh muka dan leher secara memutar. Jika anda merasakan sensasi dingin pada wajah. Bermakna ia sudah benar-benar segar.

PELEMBAB MUKA
Ambil sedikit pelembab dan sapukan pada muka dan leher seperti biasa. Mulakan dari bahagian dahi turun ke dagu dan seterusnya leher. Sekiranya kulit terasa licin atau sedikit melekit, menandakan kelembapan kulit sudah mencukupi.

Okay ladies, seperkara lagi... Gunalah skrub muka at least twice a week. Guna yang butiran dia halus sebab lebih sesuai untuk kulit perempuan. 

Huh... Macaam banyak lak berceloteh hari ni. Okaylah... Babai you all...
Wassalam