Tuesday, October 30, 2012

Ayam Goreng Kunyit - My Style

Ini satu lagi resepi yang Anne baru try. Dah lama sangat nak try resepi ni. Anne suka sangat makan ayam goreng kunyit. Resepi ni, Anne kidnap dari blog mane tah... Tak ingat... Tapi Anne edit sikit resepi ni...

Ini resepinya...

Bahan-bahan : 
1/2 ekor ayam
1 1/2 camb serbuk kunyit
2 camb sos tiram 
garam secukup rasa
1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 biji bawang besar (hiris bulat & lerai-leraikan)
1 biji cili merah (hiris) 
1 biji cili hijau (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 batang serai (dititik)
1/2 camt serbuk lada sulah

Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ayam,  buang kulit. Gaul dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, bawang putih (tumbuk halus), sos tiram, dan garam secukup rasa. Perap dalam peti ais selama 1 jam. 
2. Panaskan minyak, goreng (jangan garing-garing), angkat, toskan.
3. Dalam kuali sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan serai titik hingga harum.
4. Masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. 
5. Masukkan kacang panjang. Apabila kacang hampir masak masukkan ayam. 
6.Gaul rata, dan matikan api. Sedia dihidang.

Ayam goreng kunyit ni, sedap makan dengan nasi goreng or nasi putih.

Saturday, October 27, 2012

Kuih Puteri Berendam : My mum's style

Kuih Puteri Berendam juga dikenali sebagai Kuih Bugis Mandi. Plan asalnya Anne nak buat kuih ni untuk auntie ngan cousin sister Anne yang asalnya nak datang Raya Haji semalam, tapi dia tak dapat datang pula semalam sebab schedule dia lari. Tapi sebab Anne dah janji dengan adik-adik nak buat kuih ni, Anne buat juga. Sedap... Anne tiru cara ibu Anne buat, simple, senang dan sedap. Siap adik Anne yang bongsu request buat lagi. Maybe petang nanti Anne buat lagi.

Macam ni lah lebih kurang hasilnya
So, kalau korang nak try, ni cara Anne buat.

Bahan-bahan (Doh):
500g tepung pulut
100ml pati pandan (15 helai daun pandan, kisar, perah airnya. Ambil air perahannya saja.)
Sedikit air untuk mengadun
Garam secukup rasa 

Bahan-bahan (Air gula):
150g gula merah (Kalau tak mahu letak gula merah tambahkan kuantiti gula pasir lebih kurang 100g)
4 camb gula pasir
1 tin (400g) susu cair
1.5 liter air
2 helai daun pandan (diikat)

Cara penyediaan (Doh):
1. Adunkan tepung pulut, pati pandan, air, dan garam. Masukkan air tu sedikit demi sedikit kalau lembik dohnya nanti tak jadi. Adun sehingga menjadi doh.
2. Ambil sedikit doh lebih kurang sebesar ibu jari. Gentel sehingga menjadi bulat. Habiskan semua doh.
3. Biarkan dulu doh tu, tak lari mana pun doh tu.

Cara penyediaan (Air gula):
1. Masukkan air, gula merah, dan gula pasir, kacau sebati, hingga gula cair dan tidak berketul-ketul. 
2. Masukkan pandan yang telah diikat, kacau sehingga pandan layu. 
3. Tuang susu cair, dan kacau supaya susu dan gula sebati
4. Bila sebati dan mendidih, masukkan doh-doh tadi. 
5. Masak dan kacau selalu sampai doh tadi lembut dan masak. Check rasa air gula tu, kalau manis sangat tambah air, kalau tak cukup rasa manis tambah gula, masak sampai mendidih. 
6. Sedia dihidang panas-panas. Kalau dah sejuk, likat pula air gula tu nanti.

Kalau nak letak inti kelapa parut pun boleh, kelapa tu masak dulu dengan air gula sampai kering airnya, lepas tu, boleh masukkan dalam doh sebelum digentel. Susu cair tu pula, kalau nak tukar dengan santan pun boleh. Masa mengadun dan menggentel tepung tu perlukan kesabaran. 

AWAS kuih ini tidak sesuai untuk penghidap diabetes, high cholestrol, dan masalah-masalah kesihatan yang seangkatan dengannya. 

Selamat mencuba!!!

Thursday, October 11, 2012

My World~

Fashion? Recipe? Poem? This is life. I am Annedya. Just take it as my name, because I won't tell what is my name. Love story? Maybe I should tell sometimes. And this blog in some point count as my diary. So read without complaining okay.