Friday, July 19, 2013

Touching the Cloud : A Nurse or A Novelist?

Assalamualaikum... Hey all... 

Remember... Setiap insan di muka bumi ini dilahirkan mempunyai impian masing. Sebagaimana Anne sendiri sangat ingin menjadi seorang penulis. Namun halangan, sentiasa ada untuk menjadikan kita tewas. Namun, jika kita serius dengan apa yang ingin kita capai, halangan hanya menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat.

Dulu, ibu and ayah Anne tak merestui cita-cita Anne untk menjadi seorang penulis apalagi untuk menjadi seorang novelis. Kerana sayangkan ayah dan ibu, Anne turutkan kehendak keduanya yang mahukan Anne menceburi bidang kejururawatan.

Walaupun pada mulanya, Anne melalui pelbagai rintangan dan halangan, kesedihan dan kepayahan, Anne tetap teruskan. Dan akhirnya, percaya atau tidak... I am currently a State Registered Nurse...

Alhamdulillah...

Berbalik kepada impian Anne untuk menjadi seorang penulis. Sepanjang belajar dalam bidang kejururawatan, Anne pernah beberapa kali menulis cerpen untuk membuktikan pada ayah dan ibu yang Anne mampu. Dan Anne tak pernah pula gagal dalam bidang kejururawatan walaupun  pada awalnya, Anne tak meminati bidang ini,...

Pada mulanya, ayah dan ibu tidak mempedulikan impian kecil anak gadis mereka ini. And akhirnya... setelah Anne menamatkan pelajaran dalam bidang kejururawatan setahun lalu... Ibu dan ayah mulai merestui impian Anne untuk menjadi penulis... 

Alhamdulillah...

Dan lamgkah Anne... Anne mulakan dengan menyertai sebuah sayembara anjura sebuah syarikat akhbar dengan kerjasama badan-badan NGO lain... Pada mulanya, Anne fikir... Anne tidak akan berjaya... Tapi rupanya... manuskrip Anne diterima... Dan sekarang manuskrip Anne sedang dalam proses penilaian... Dan hikmah dari penerimaan ibu dan ayah terhadap minat Anne sejak dari zaman kanak-kanak ini... Akhirnya memberikan semangat untuk Anne meneruskan hidup dan berusaha mencapai cita-cita dan impian

Alhamdulillah...

Dan... Apa yang Anne cuba sampaikan disini adalah... pertamanya... restu ayah dan ibu kita akan menjulang setiap intipati kehidupan ini... Anne bangga... Dengan restu ayah dan ibu... Anne lebih bersemangat untuk mencapai impian Anne untuk menjadi seorang penulis ( NOVELIS )... Dan juga impian untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang kejururawatan...

Usaha... Tawakal... Restu... Doa... Adalah ramuan istimewa dalam mencapai kejayaan... Dan Anne bukan tamak tapi Anne mahukan kejayaan dalam kedua-dua bidang... As a nurse and as a novelist...

Anne juga berpegang kepada kata-kata salah seorang bapa saudara Anne... "Be strong like your granny"

Granny... I am your precious princess... And I am strong like you.

Sekian... Assalamualaikum...
Annedya JS Putery
Juwita Hati Ayah Bonda