1 - Gel Pengelupasan - Guna 2 kali seminggu.
2 - Pembersih Pencerah Muka - Guna 2 kali sehari.
3 - Skrub Muka - Guna 2 kali sehari ( Anne guna sebelum dan selepas tidur ).
4 - Penyegar Liang Pori - Guna 2 kali sehari.
5 - Sari Pelembab Awet Muda - Guna 2 kali sehari.
6 - Pencerah Kulit - Guna 2 kali sehari. ( Anne guna sekali sahaja )
7 - Krim Kecantikan ( Anne guna sebagai asas solekan )
8 - BB Krim ( Sekali lagi asas solekan )
Fungsi produk-produk ni? Ini Anne copy paste dari website tohtonku. http://www.tohtonku.com.my
Gel Pengelupasan
Membersih, mengelupas dan
melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan
mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan
ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa
seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk
biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur
(anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada
kulit.
Pembersih Pencerah Muka
Pembersih Pencerah Muka
yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara
mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya
secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.
Skrub Muka
Skrub Muka A'laisyah
mengandungi "Uni White-P" dengan kebaikan pengelupasan, untuk mencuci
kulit muka secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan yang tersumbat di
liang-liang roma kulit. Ia juga tmenghaluskan tekstur kulit dan melindungi
kulit secara berkesan daripada tanda-tanda penuaan yang ketara. Dengan
penggunaan yang berterusan, kulit akan menjadi lebih cerah, licin dan bersih
berseri.
Penyegar Liang Pori
Penyegar Liang Pori ini
mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia
dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga
mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak
mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit
kekeringan.
Sari Pelembab Awet Muda
A’laisyah adalah produk
inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula,
mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat,
suci & murni untuk digunakan.
Pencerah Kulit
Pencerah Kulit ini
diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah
anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan
SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan
minyak dan menjadikannya lembut dan halus.
Krim Kecantikan
Krim Kecantikan ini sangat
sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan
minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda.
Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan
kedut.
BB Krim
Krim serbaguna yang menakjubkan menggabungkan
fungsi solekan dan penjagaan kulit. Ia berkesan dalam 1 minit untuk meratakan
tona kulit, menutup parut jerawat, lengkuk dan lingkaran hitam disekeliling
mata sementara menyeri, melembap dan melindungi kulit daripada pancaran UV yang
merbahaya tanpa kesan bedak asas yang tebal dan kelihatan semulajadi. Dengan
penggunaan berterusan, ia dapat menghaluskan liang roma,
mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit menjadikan kulit lebih
sempurna, licin dan cerah berseri. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk
kulit yang sensitif dan berjerawat
Hasilnya memang bagus. Muka Anne comel sangat. Nak tengok. Boleh. Boleh blah... Haha... Sorry... My face not for public.
No comments:
Post a Comment