Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

2015 Life goals

Assalamualaikum. Hello everybody!

Its a new year. Maybe its too late but, I wanna wish everybody. A very happy new year. Yet its not a happy day to me to celebrate new year. New year reminds me that I lost a granny on that particular date.

But that is not what I wanna share this year. Today I wanna share a list to everyone. I wanna make a swear to myself that I'm going to fulfill my goal for this year.

I solemnly swear that I'm up to no good...

Hahaha... Just joking... Me... Typical Harry Potter's fan.

Okay for now, for this year 2015, I solemnly swear that, I want to...

1. Upgrade my career, my standard of living and my way of thinking.
2. Update my blog regularly.
3. Get a lean, curvy and sexy body.
4. Get a flawless skin.
5. Get a smarter brain.
6. Save 10% of my monthly salary.
7. Cook regularly.
8. Encourage my brothers to upgrade their standard of living and thinking.
9. Get a driving license.
10. Study real hard to get away from what I called my stupidity.
11. Be awesome and forget those who hurt me, my pride, and my family.
12. Ignore those who made me felt miserable, hurt or whatever.
13. Read more books.
14. Smile regularly.
15. Achieve my dream. [At least one.]

So, lets make ourself a list of our goal for this year. Should I add on something else... No not really.

As for now. Assalamualaikum. And thanks for spending your time for my blog entries.

Sunday, September 1, 2013

Babbling Bang Out The Bush

Assalamualaikum... Hey all... Actually, I dont really have thing to share today. But, I feel like I really want to write something in my beloved blog...

Just a few week ago, I went back to my hometown to attend my besties wedding. And I bet she seems to be happy with her new status... And I was thinking... 

"When is my turn? Who will be my groom?" Sadness come around me when I realize, I have to start to find my soulmate, yet I am not ready to give commitment in a relationship. The truth that I'm scared that one day, I'll be cheated by the person I loved...

Even Mum and Dad hoping that I have a boyfriend. I mean a perfect boyfriend, that passed their standard for a future son in law. Yet my older brother always tell me not to trust any guy... Huhh... So uneasy decision to make.

Uncles and Aunts keep asking when I am getting married. Hey, I am only 22. 

I know what did I wrote today is quite borin. Yet, its come from my heart.

Trying to fall in love.
Miss Annedya JS Puteri @ Putery Juwita

Friday, July 19, 2013

Touching the Cloud : A Nurse or A Novelist?

Assalamualaikum... Hey all... 

Remember... Setiap insan di muka bumi ini dilahirkan mempunyai impian masing. Sebagaimana Anne sendiri sangat ingin menjadi seorang penulis. Namun halangan, sentiasa ada untuk menjadikan kita tewas. Namun, jika kita serius dengan apa yang ingin kita capai, halangan hanya menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat.

Dulu, ibu and ayah Anne tak merestui cita-cita Anne untk menjadi seorang penulis apalagi untuk menjadi seorang novelis. Kerana sayangkan ayah dan ibu, Anne turutkan kehendak keduanya yang mahukan Anne menceburi bidang kejururawatan.

Walaupun pada mulanya, Anne melalui pelbagai rintangan dan halangan, kesedihan dan kepayahan, Anne tetap teruskan. Dan akhirnya, percaya atau tidak... I am currently a State Registered Nurse...

Alhamdulillah...

Berbalik kepada impian Anne untuk menjadi seorang penulis. Sepanjang belajar dalam bidang kejururawatan, Anne pernah beberapa kali menulis cerpen untuk membuktikan pada ayah dan ibu yang Anne mampu. Dan Anne tak pernah pula gagal dalam bidang kejururawatan walaupun  pada awalnya, Anne tak meminati bidang ini,...

Pada mulanya, ayah dan ibu tidak mempedulikan impian kecil anak gadis mereka ini. And akhirnya... setelah Anne menamatkan pelajaran dalam bidang kejururawatan setahun lalu... Ibu dan ayah mulai merestui impian Anne untuk menjadi penulis... 

Alhamdulillah...

Dan lamgkah Anne... Anne mulakan dengan menyertai sebuah sayembara anjura sebuah syarikat akhbar dengan kerjasama badan-badan NGO lain... Pada mulanya, Anne fikir... Anne tidak akan berjaya... Tapi rupanya... manuskrip Anne diterima... Dan sekarang manuskrip Anne sedang dalam proses penilaian... Dan hikmah dari penerimaan ibu dan ayah terhadap minat Anne sejak dari zaman kanak-kanak ini... Akhirnya memberikan semangat untuk Anne meneruskan hidup dan berusaha mencapai cita-cita dan impian

Alhamdulillah...

Dan... Apa yang Anne cuba sampaikan disini adalah... pertamanya... restu ayah dan ibu kita akan menjulang setiap intipati kehidupan ini... Anne bangga... Dengan restu ayah dan ibu... Anne lebih bersemangat untuk mencapai impian Anne untuk menjadi seorang penulis ( NOVELIS )... Dan juga impian untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang kejururawatan...

Usaha... Tawakal... Restu... Doa... Adalah ramuan istimewa dalam mencapai kejayaan... Dan Anne bukan tamak tapi Anne mahukan kejayaan dalam kedua-dua bidang... As a nurse and as a novelist...

Anne juga berpegang kepada kata-kata salah seorang bapa saudara Anne... "Be strong like your granny"

Granny... I am your precious princess... And I am strong like you.

Sekian... Assalamualaikum...
Annedya JS Putery
Juwita Hati Ayah Bonda

Monday, January 7, 2013

Bila Rasa Marah

Bila hati dah marah. Semua jadi tak kena. Akibat marah, adik Anne kena pukul teruk dengan Anne tadi. Sebab? Dia hilangkan pendrive Anne. Dalam pendrive tu, ada resume, cerpen, koleksi surah-surah al-quran (complete dari juzuk 1 sampai 30), form pertandingan cerpen. Semuanya penting yang paling penting alamat hospital untuk hantar resume. Semuanya hilang kena cari balik. Yang tak boleh blahnya. Mana Anne nak cari cerpen-cerpen yang hilang tu. Resume boleh buat baru tapi cerpen?

Sedih, stress, geram, marah, semua ada deadline untuk pertandingan cerpen tu dah dekat. Mana nak cari idea dalam masa singkat. Kenapa setiap kali Anne bercita-cita untuk masuk ke dunia penulisan ada saja halangannya. Agaknya bukan rezeki Anne untuk berada dalam bidang tu.

Sunday, January 6, 2013

Whats Nice in My View

Tadi Anne pergi temankan kawan Anne beli kasut kerja kat Red Modani kat Bp Mall. Almaklum lah nurse kan. Kasutnya susah sikit nak cari. Jalan punya jalan nampak sales kat Pacific. Haha pusing punya pusing Anne jumpalah baju yang Anne nak sangat dah berapa bulan ni.. Harganya pun half price dari yang Anne tengok kat tempat lain... Yang peliknya entah kenapa... Anne tak beli pun baju tu, walaupun duit dalam tangan lebih dari cukup. 
Batwing blouse
Bagi yang bertudung tu kalau pakai batwing blouse ni, kena pakai inner ye. Kalau nak impak stylish sikit padankan dengan long skirt. Oppsss chopp my suggestion... Please look down...

Chak... cantikkan long skirt nih


Hah okay tak? Cuba imagine. Takpun, kalau padankan dengan palazzo pant pun okay gak. Kalau pakai jeans pun okay sebenarnya tapi sebenarnya its better if padankan batwing blouse dengan long skirt or palazzo pant . Siapa tak tahu apa itu palazzo pant nanti Anne update post lain tentang palazzo pant. Tak pun pergi google image, type kat search bx tu, palazzo pant
Oppsss Jangan lupa, tudung tu, masih perlu sesuai dengan gaya dan pastinya bersesuaian dengan syariat Islam

Okay gak ni...  Tapi Anne tak cuba lagi..

Nak tutorial.. Cari kat youtube... Anne bukan vlogger so, Anne tak nak tayang muka buat video... Haha... Maklumlah Anne ni pemalu orangnya... (Haha... Perasan...)

Okay agak-agak boleh bayangkan tak macam mana yang Anne cerita. Kalau tak boleh tak apa. Tak wajib ikut pun apa yang Anne sarankan. Yang wajibnya, menutup aurat dengan sempurna. Dan sebaiknya, sama-samalah kita mendoakan supaya kita semua, menjadi gadis-gadis muslimah yang sejati dan menjadi puteri yang menyejukkan hati ayah bonda, juga calon isteri yang terindah dititipkan Allah buat calon-calon imam kita nanti.

Friday, January 4, 2013

Saya Mahu

Hari ni, Anne berazam nak labuhkan tudung Anne, almaklumlah... bila tudung ikut fesyen terselak sana sini. Terpendek sana terpendek sini. Jadi sebelum Anne dicop cakap tak serupa bikin baik Anne labuhkan tudung Anne.

Sebenarnya, Anne tak adalah cerdik mana, iman dan takwa Anne taklah sebesar mana, Tapi Anne nak sangat mendekatkan diri dengan Allah. Dan Anne harap sangat bila Anne bersuami, Anne dapat suami yang mendidik, dan membawa Anne ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Dan yang pastinya yang sentiasa menyokong Anne.

Tuesday, January 1, 2013

Cik Neko Dah Bertunang!!!

Cik Neko dah sure confirm dan rasminya jadi tunangan orang... Haah kan... Bila pula giliran Anne... Huhu masa majlis tu 'orang tu' ada sama... Acting like good-good errr... grrr panas hati betul.. dia bercakap macam dia tahu sangat ke pasal bidang yang Anne ceburi... isy kalau tak fikirkan Cik Neko dan Encik Hamba Allah... Anne dah sepak dia kat situ jugak... Euwww... Eyarkkksss...

But Anne malas larh nk citer panjang2 pasal dia sebab makin difikir rasa marah tu susah betul nak hilang... Huhu memang garang ibni pendendam betul Anne ni kan... Huhh... Tapi betul lar... macam mana orang lain cakap elok2 Anne tak peduli.. Tapi Encik Hamba Allah cakap boleh terasa kena tumbuk sedebik... DUSH gitu... Haha... Whatever lah malas nak fikir...

Huhuhu sedih jugak rasanya, bila Cik Neko dah bertunang, dan bakal menjadi isteri orang tak sampai setahun dari sekarang... Walaupun Cik Neko tak kisah tapi tetap ada batasnya dia untuk keluar apa semua... Dah lah Anne tak ramai kawan yang betul-betul boleh diajak hang out...

Tapi dah jodoh dia kan... Tahniah Cik Neko... tapi... bila agaknya giliran Anne kan... Tapi  sebelum tu yer duhai bakal imamku.. walau apapun... Anne nak bina kehidupan dulu...

Saturday, December 29, 2012

Tomorrow...

Esok, hari pertunangan Cik Neko. Hah.. Biler la giliran Anne kan... Teringin juga nak bertunang... Tapi... calonnyer lak xde... Nak buat macam mana.. Jodoh pertemuan di tangan Allah... Sabar je lah... Who knows... When the day come... My prince will come to me and singing a love song... Ask me a hand of marriage. And always be on my side till the end

Haha... mesti korang fikir Anne dah sewel kan. Haha.. berangan je kan...Dah macam cerita dongeng.. Tu lar suke sngat bce crite dongeng...And satu lagi...

Ada sorang kawan Anne yang dah kahwin, sekarang pregnant... Wahh bestnya... Anne pun nak jugak... Huhuhuu.. When is my turn? Huhh..

Friday, December 28, 2012

Orang Kata

Ada orang kata... Perempuan yang sering ketawa, selalu menyembunyikan kesedihannya dari orang lain. Sesekali terfikir akan kebenaran di sebalik kata-kata itu.Bila hati kita gembira, kita senang, ramai yang datang menghimpit, bila kita sedih, kita marah, kita dalam kesusahan, semuanya menghilang. 

Seriously, Anne pernah rasa macam tu. Sebab tu, Anne jarang percayakan orang yang mengaku kawan Anne. Sebab satu-satunya kawan baik Anne adalah Cik Neko. Cik Neko, budak perempuan yang baik, cerdik, sopan. Dia bestfriend Anne. 

Sebab Anne ni kasar, Cik Neko pula sopan. Orang fitnah kata kami kata kami lesbian. Masa tu, Cik Neko maafkan orang tu. Tapi Anne tak maafkan orang tu. Sebabnya, Anne dah jemu maafkan orang yang menyakiti Anne, in additional of that, orang tu dah banyak kali menyakiti Cik Neko. 

Anne memang keras kepala time tu. Anne siap ugut orang tu, kalau dia sakitkan hati Cik Neko lagi, Anne bunuh dia. Haha... Gila Anne nak buat betul-betul. Anne masih waras lagi lar... Tapi orang tu memang sengaja nak tuang minyak petrol dalam api yang sedang marak. Ada ke patut dia pergi bercerita pasal hal tu dengan kawan sekelas Anne masa sekolah dan menyebabkan pentengkaran antara Anne dengan Cik Una. 

Bengang betul Anne masa tu. Tahap marah Anne tu, sampai kawan-kawan Cik Anne yang lain menjadi mangsa kemarahan Anne masa tu, kesian dia orang, niat dia orang nak menyejukkan keadaan tapi terkena panahan kata-kata pedas Anne.

Tapi setelah masa berlalu, seorang hamba Allah berjaya melakukan brainwash ke atas otak Anne yang agak penuh dengan kemarahan dan dendam yang tepu dalam diri. Walaupun Cik Neko tak tahu siapa hamba Allah tersebut, dia bersyukur sangat ada orang berjaya menjatuhkan ego kawan dia ni. 

Yang pastinyer, hamba Allah itu, berjaya melakukan brainwash dalam masa yang tidak sampai 3 jam. Wah hebat. Tahniahlah pada hamba Allah tersebut.

Panjang pula Anne menceceh hari ni kan, Anne rasa sebelum lagi panjang Anne bercerita. Anne berhenti dulu keyh.

Wednesday, December 26, 2012

Am I Going To Surrender?

When I realize, I always violated my own deadline for my manuscript. I felt that, I should surrender. I am seriously not going to finish by time. Argghhh.. STRESS!!!

Anne nak sangat siapkan benda ni secepat mungkin. Tapi, kenapa setiap kali Anne mula mengerjakan manuskrip, ada saja halangan dan gangguan. 

Sedih, susah hati. Tapi yang paling kelakar, FB Anne sentiasa terbuka. Malas nak tutup, sampai kadang-kadang terbiar saja berbuka.

Sampai ada sekali tu, kawan2 Anne kata, kau ni 24 jam online. Macamlah Anne online tu, Anne chat sepanjang masa. Sebenarnya Anne jarang chat, kalau Anne kenal siapa yang tegur or online tu. Tapi kalau sekali tegur orang tu wat dek, memang tak tegur lagilah...

Wat pe kan nak tegur orang sombong-sombong ni, kalau setakat add atau approve orang nak penuhkan friendlist baik tak payah.

It happen to be, there is some friend that says "Sombonglah ko" but actually, I am not. They make it sounds like that.

Tuesday, December 25, 2012

Pot Pet Pot Pet Di Malam Hari

Huhu penat... Tp xley tdo... Huhu layan citer kat youtube... tngok citer cinta si kasar lembut... terfikir lak... Anne ni agak kasar orgnyer... ( cube tok melembutkan diri tp x berjaya )... Oh My God... Janganlah nanti Anne dapat suami yang lembut... Huuu nanti jadik bahan gelak... Tapi an... kalo lembut, tapi beriman... Boleh jadi imam solat, cikgu agama, dan jadi insan terunggul di hati macam ayah dan ibu Anne apa salahnya kan... hahaha... sape yang baca ni mesti kata macam ni...

 "Gatal betul budak ni!?"

Hahaha... Tapi layaknya pun, Anne dah umur 21 tahun, sekarang ni budak umur 13 tahun dah kahwin. Macam zaman nenek-nenek dulu. Lahh... Kirenye Anne ni dah pangkat apa? Oh my goodness... Ya Allah, apakah yang sedang aku fikirkan... Hahaha dah menyanyah dah...

Ada orang tanya Anne... kalau Anne nak cari suami nak cari yang macam mana? Eh... Tak pernah terfikir lak nak cari yang macam mana? So, jawapan Anne... "....krik...krikkrik...krikkrik...(bunyi cengkerik)" Hahaha... sebenarnya Anne tak tahu nak jawab macam mana...

Tapi kalau suruh Anne jawab juga...
- Tak handsome tak mengapa
- Bijak dari segi duniawi dan akhirat
- Boleh mengimamkan solat
- Boleh mendidik Anne menjadi isteri yang terbaik di dunia dan akhirat insyaALLAH
- Berkerjaya
- Boleh menerima seadanya diri Anne
- Blablabla

Dah lah banyak dah Anne menyanyah malam ni. Apa pun tak boleh... Klakar pun ada... So gadis-gadis semua... ada baiknya juga korang cari yang seperti Anne fikirkan sehabis fikir ni... Sebab lelaki macam ni, susah nak cari sekarang ni... Kalo ada memang limited edition...

Sunday, December 23, 2012

Cara Penjagaan Kulit - My Style ( Update )

The other day, Anne ada post out produk penjagaan kulit yang Anne gunakan! So, hari ni, Anne nak post sikit, ala-ala diari sikit. Hoho... Contoh ni, Anne ambil hari yang memang pemalas giler babas, ni tahap dewa punya pemalas... Awas dewa-dewi ni sume tak wujud ya!? Anne pilih hari Khamis ya. Sebab Gel Pengelupasan guna 2 minggu sekali. Anne guna pagi Khamis dan Isnin. DIINGATKAN PADA SEMUA ANNE BUKAN PROMOTE ALAISYAH TAPI ANNE MEMANG GUNA PRODUK ALAISYAH.

8.00 Pagi - Baru nak mandi!! Oppss!! Ni memang giler punya pemalas ni. Skip cerita berus gigi, body shampoo, blablabla. Capai GEL PENGELUPASAN!  JANGAN BASAHKAN DULU KULIT TU!! Picit sikit GEL PENGELUPASAN tu letak kat tangan lepas tu, sapu je kat muka yang kering. Nanti gel tu akan cair, maka keluarlah sel kulit mati dan bintik hitam, dalam bentuk gumpalan kecil. Dah tu apa lagi, bilas kulit you all tu.

Lepas tu? Cuci muka macam biasa, dengan penggunaan PEMBERSIH PENCERAH MUKA! Macam mana? Picit sikit, letak kat tapak tangan, sapu kat muka, dagu, leher, dengan hujung jari. Guna 3 jari yang tengah, dan urut pembersih secara memutar... Dan kemudian, bilas.

9.00 Pagi - Nak keluar sekejap lagi, nak pergi beli barang. Apa? Tak payah tahu lar... Tengok atas meja! Hahaha... Anne tariklah kapas muka sehelai dua, tuangkan PENYEGAR LIANG PORI, tepek kat muka, dagu dan leher. Bila dah kering, Anne picit sikit SARI PELEMBAB AWET MUDA, sapu kat muka, dagu dan leher. Lepas tu, picit lak, PENCERAH KULIT. Sapu kat muka, dagu dan leher. Even pakai tudung kena sapu gak, sebab jaga kulit kena sekata.

Next, Anne akan coletkan KRIM KECANTIKAN kat dahi, hidung, pipi, dagu dan leher. Lepas tu, ratakan kat kulit muka, dagu dan leher. Lepas tu, Anne, sapu BB CREAM. Dah siap, tinggal nak mekap je. Lain kali Anne cerita macam mana Anne mekap.

1.00 Petang - Sampai umah semula ( Lama-lama sangat keluar nanti ibu marah ) Capai SKRUB MUKA, cuci mekap dengan air bersih. Lagi afdal kalo guna, air suam. Lepas tu guna, SKRUB MUKA macam guna PEMBERSIH PENCERAH MUKA. Lepas tu, amek air sembahyang, pergi sembahyang. Yang ni tak boleh malas, kalo tak, nanti kawin ada anak macam mana nak ajar anak. Hahaha... Lari topik...

Dah sembahyang, pakai balik PENYEGAR LIANG PORI dan SARI PELEMBAB AWET MUDA. Anne pakai PENCERAH KULIT sekali sehari je. KRIM KECANTIKAN ngan BB CREAM pakai bila nak bersolek. Kalau Anne kerja, atau masa kat kolej, hari-hari bersolek lah sekarang sebab tanam anggur, tak bersoleklah.

6.00 Petang - Cuci muka dengan PEMBERSIH PENCERAH MUKA.

SEBELUM TIDUR - Cuci muka dengan SKRUB MUKA.

Saranan Anne, gunakan air suam untuk mencuci muka. Bagus untuk membantu peredaran darah dan mengurangkan masalah liang pori tersumbat.

Friday, December 21, 2012

Ketika Malam

Ketika malam menjelma, aku mencari kekuatan dalam diri. Untuk menghubungi rakan-rakan bestfriand ku yang aku tak berapa kenal sangat untuk membantunya mengundang mereka, ke majlis pertunangannya. Huhuhu... mahu luruh jantung ini, saat menaip mesej kepada mereka. Walaupun, tak semua mampu aku hubungi. Namun, respon pertama yang aku terima nyata menenangkan. Huhu... Sebenarnya... Aku harap mereka boleh datang... Sebab aku mahu, bestfriend aku happy... (p/s : sbb dia kwn terbaik yang pernah aku ada). 

Haish... Bila pula giliran aku, nak bertunang bagai... Haha gatal... Tapi lumrah la kan... Siapa tak nak kahwin... Masalahnya... Ada ke lelaki yang nak tunang dengan aku... Da lah garang, degil, keras kepala, brutal, kasar, lasak, bla bla bla bla... Kalo ada lelaki yang baca ni... Sure... Dia akan cakap macam ni...

"Sure reject minah ni, tak boleh wat bini..." 

Ya Allah... Tenangkanlah jiwa hamba untuk menjalani kehidupan yang telah kau anugerahkan kepada hamba. Sampai nanti jodoh yang engkau tentukan sampai, hamba terima dengan redha. Sementara itu, hamba ingin mencapai cita-cita hamba untuk membanggakan ibubapa hamba. Dan mencapai segala impian hamba untuk mencapai impian hamba untuk berjaya dalam hidup hamba di bumiMu yang indah ini.

Thursday, December 20, 2012

Oh My Head Is Going Lumpy

Hari ni tak tahu kenapa. Anne rasa tak senang hati. Anne paranoid pada setiap orang yang ada di sekeliling Anne. Setiap orang yang ada di sekeliling Anne, Anne akan fikir negatif pada mereka. Agaknya Anne dah sewel kot. Hahaha... Tolonglah peningnya... Huhu...

Senyum... Sedekah tu sedekah... Haha... Anne... Tak pernah boleh senyum, dengan hati yang gumbira... Saje je tulis gumbira instead of gembira... Entahlah... Setiap ketawa... Ada duka di sebaliknya...

Terlalu banyak benda yang Anne fikir untuk menjadikan diri ni gumbira... Selagi Anne tak dapat buang kesedihan dalam hati... Di mana datangnya gumbira... Sedih bila fikirkan kenangan silam... Kerjaya yang belum kukuh dan terlalu rapuh... Impian yang belum tentu tercapai...

Perasaan manusia memang sukar untuk diperjelaskan... Bagi Anne... Perasaan manusia tidak boleh dijelaskan dengan sains, math, sastera, atau apa-apalah...Yang sebenar-benarnya... Allah saja yang tahu tentang perasaan manusia.

Demi Allah... Anne pun nak senyum dan ketawa dengan gembira...

Sunday, December 16, 2012

15 Dec, Menjelang 16 Dec...

Perasaan manusia kadangkala tak dapat diduga. Beberapa ketika, aku seronok dengan apa yang aku rasa tapi beberapa ketika kemudian minda aku mula berfikir pelbagai perkara negatif yang menyingkirkan kegembiraan. Haruskah aku merasa terbeban dengan perasaan sendiri.

Aku sering merasakan diriku tersepit di antara kerjaya dan impian.

Dalam kerjaya, aku ingin memiliki kelayakan tertinggi, supaya au menjadi seorang yang berkelayakan untuk merebut jawatan tertinggi dalam bidangku Aku mahu mengambil tempat Pengarah Lembaga Jururawat Malaysia. Dengan itu, yang mahu kucapai adalah memiliki kelayakan bertaraf PhD, pengalaman bekerja di negara asing seperti Arab Saudi dan Australia, dan yang pasti menjadi jururawat yang mengubah sistem pendidikan kejururawatan sekurang-kurangnya di Malaysia.

Dalam impianku, aku ingin sekali menjadi seorang penulis novel yang berjaya seperti Ramlee Awang Mursyid, H.M. Tuah Iskandar. Menjadi sasterawan seperti A Samad Said, Usman Awang dan yang lain. Aku mahu jadi seperti penulis siri novel kegemaranku, J.K. Rowling.

Kadang-kadang, aku takut, seandainya aku berkahwin suatu hari nanti, aku akan mengabaikan suamiku demi kerjaya dan impianku.

Sukarnya untuk memilih, apa yang aku cuba kejar pun aku tak faham. Tapi aku nak sangat belajar lagi, lagi dan lagi. Dalam masa yang sama, aku nak juga jadi seorang penulis yang berjaya, sebagaimana aku mahu menjadi jururawat yang berjaya.

Dan dalam masa yang sama, jika aku punya tanah sendiri, aku sangat ingin memiliki kebun ternakan dan tanaman sendiri. Macam seronokkan? Tapi mampukah aku mencapai setiap perkara yang aku impikan.

Takut pula nanti kerana kerjaya dan impian orang-orang yang aku sayang, dan menyayangi aku, akan terabai.